LIPUTANKEPRI.-MOTIVASI –Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya pergauli dengan baik? Baginda menjawab :
“Ibumu”
Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?”
Nabi menjawab :
” Ibumu.”
Lelaki itu bertanya lagi :
” Kemudian siapa?”.
Nabi menjawab :
” Ibumu.”
Lelaki itu bertanya lagi ;
” Kemudian siapa?”
Nabi menjawab :
” Bapamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata.
Nabi SAW bersabda :
“Hinalah seseorang, hinalah seseorang, hinalah seseorang iaitu orang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya atau salah seorang di antara keduanya telah tua namun pemeliharaannya ke atas mereka tidak menyebabkan dia masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.
” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”
(Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2291 (Kitab al-Tijarah, Bab apa bahagian ayah daripada harta anaknya)
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1299
(Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan mengambil balik apa yang telah diberikan)